Selasa, 13 November 2018

kadang kita tak perasan

Assalamualaikum

tajuk nk pelik je kau kan.. haha

xla sbnrnye aku pon xsure tajuk ape yg sesuai

bnd ni baru je jadi smlm

dan aku pon mcm terperasan bnd ni as a whole.. smlm

perasan x kadang2 kita mcm mengeluh.. haih

kenapa la bnd ni jadi.. knp la jadi cani

tp sbnrnye bnd yg jd tu lead kpd bnd baik yg sebenar2nya kita PERLUKAN

lbh drpd ape yg kita MAHUKAN

ha smp caps lock kau

citer dia gini

kan smlm aku citer psl battling demon yg aku xsepenuh hati terima tu (post semalam)

so sebenar2nya smlm aku msh rs sakit

msh rs sedih dan mcm xleh terima kenyataan

maka untuk kurgkan sedih ni aku mula la buat diary (bnd biasa aku buat bila heartbreak)

tgh2 rangka ayat karang puisi sedih

tetibe kawan aku dtg bilik aku

dia ni agak islamik sket. suci polos je orgnya

kitorg borak mcm2 dan aku trigger spy dia dpt bg aku nasihat tanpa dia sedar

dia citer la pnjg lebar ape yg ptt

dia pny citer membawa smp ke 3am. aku ni esok msk keje kul 7.30 syg oiii.. kutabahhh

tp disebabkan one good relax conversation

pg td aku bgn

hati aku mcm happy

pelik x pelik la kan

pg sebelum tu kau bgn hati gundah gulana, sakit dsbgnya

ttb pg ni bgn hati mcm seronok, tenang

lps tu smbl2 aku nk bersiap

otak mcm auto terpk sndr (mmg aku sll jd cani)

kalau la bnd ni xmula drpd bla-bla-bla mst aku xkn dpt lepaskn diri

Allah maha kuasa bila aku xjmp jln keluar Dia tlg aku keluar

tp bila keluar aku sedih plak aty menangis2

Allah tlg lg bg aku kawan yg mmg baik, islamic

yg xpernah berhenti bg nasihat dan bantuan

Subhanallah.. maha suci Allah

kalau Dia xbantu xtaula aku ni cane skrg

skrg tiap masa aku bersyukur

dan berjaga2

bkn berjaga xmau tidur tu

berjaga jgn tergelincir lagi

aku takut sbnrnye

takut aku terpaling lg skali

harapnya kalini aku berjaya istiqomah

amin...


Isnin, 12 November 2018

better version of us

Assalamualaikum

sekarang sbnrnye dunia semakin menakutkan (refer to my previous post). somehow aku rs mcm mmg dunia dah di akhir zaman. kalau lah terperasan, mmg byk tanda2 kiamat kecil dah jadi.

well, aku bukanla teror sgt psl agama tp kita mmg penah blaja psl ni ms di sekolah dulu and ade jgk ulama' yg ade sebut ttg perkara ni. so. bersediakah kita?

aku sendiri ade bbrpa bnd yg aku tahu aku kena berubah. contohnya cuba utk xponteng solat, cuba smyg di awal waktu, cuba tutup aurat lbh sempurna

tp ade 1 ni yg aku mmg dr dlu struggling utk ubah. some battle i had with myself. it wasnt easy i tell u. a demon inside me. literally.

dlu aku cuba few time utk lawan bnd ni. bbrp kali aku berjaya tp most of it aku GAGAL. mmg aku rs kecewa dgn diri sndr

tp baru2 ni, Allah mcm bantu aku utk keluar dari bnd tu. wlwpn part of me mcm xleh terima (tgk jahatnya demon dlm diri aku ni. setan btol) tp aku tahu itu yg terbaik

bukan mudah nk berubah. nak2 klo sendiri yg nk berubah. aku rs bertuah dan sgt bersyukur sbb dpt ubah sebelum aku xsmpt bertaubat

Ya Allah bantu lah hamba untuk menentang diri sendiri
agar dpt jd hambaMu yg solehah

Ya Allah jgnla Kau palingkan kembali hati ini
setelah engkau meletakkan aku ke jln yang benar
jgnla bolak-balikkan hati ini lagi ya tuhanku

sesungguhnya kejadian di akhir zaman ini benar2 buat aku takut

Isnin, 9 Julai 2018

semakin seram

Assalamualaikum

ape kes tajuk cmni ni? nk citer kisah seram ke?

mmg sbnrnye nk citer kesah sgt menyeramkan. tapi bukan hantu ye uolls

zmn skrg ni rsnye manusia lagi seram dari syaitonnirrajimmmmm...

kalau perasan dewasa ni makin byk kes2 seram berlaku di malaysia

diulangi, BUKAN KISAH HANTU. tapi manusia yg perangai syaiton

antara kes2 yg jadi viral mcm pisang goreng panas adalah:

1) kes remaja (bawah 12thn which is kanak2 pon ade) bakar satu skolah tahfiz- alfatihah kpd pelajar tahfiz yg terkorban-juga kpd yg membakar. smoga roh2 kesemua yg hidup dan yg telah pergi akan tenang

2) kes bunuh- jenazah driver grab dijumpai di belakang tmpt duduk kereta grabnya sendiri. mude dr hakak br 20-an. merupakan anak harapan ibu dan mmg sllnye ade di sisi ibunya. ssh nk crik lelaki yg sggp ikut mak mcm dia skrg ni. xleh bygkn aty ibu dia. al-fatihah

3) kes buang bayi- dengan mcm biasa kan uolls? ni bkn buang letak elok2 tepi jambatan ye anak2. ni dia buang a.k.a CAMPAK bayi xberdosa tu dari tgkat 3 (kalau xsilap) and seorg lelaki india kebetulan di tmpt kejadian, cuba slmtkn bayi malang itu namun bertahan beberapa hari sahaja kerana kecederaan teruk (bahu patah, luka di bahagian kepala-paling vital skali)

4) kes paling latest- pengasuh bayi MENIPU konon anak jagaannya diculik di bawah pengawasannya. konon ada seorg lelaki menyerupai ayah baby tersebut dtg ambil baby tu. kelam kabutla mak ayah baby tu yg tgh kerja mencari dan buat report polis. malam barulah polis malaysia (seriously uolls mmg buat kerja sgt2 bagus dan membanggakan kami rakyat malaysia) tahu yg sbnrnye bukan diculik. bayi malang tu dah meninggal dan pengasuh jahanam ni sembunyi jenazah bayi itu dalam PETI AIS. PETI AIS i tell u. ko ingat tu daging rusa ke ape tu manusia b**oh! mmg hakak xleh terima lgsg kes yg ni. XLEH TERIMAAAAAAAAA!!! satu, tu bayi. baby lg. kalo sesape yg bkn dlm frenlist fb mak dia, bole tgk post lama ibunya psl counting date utk bersalin. (sakit gler aty tgk yg ni) which means, tersgtla baru lahir (dlm 5bln kalo xsilap, br hbs pantang)kedua. taruk dlm peti ais??? meh hahak kasi kau merasa duk dlm peti ais barang sejam.

sorry terover emosi. hakak manusia biasa je. ampun uolls

tapi klo fikir blk, kenapa lately bru naik kes2 cmni? harus dihadam jgk, bukan sume kes ni melibatkan pekerja asing (sbb rmi tuding jari kt dorg konon dorgla dalang bla-bla-bla) dlm 4 kes akak highlight tu, kemingkinan kes bunuh pemandu grab yg mgkn dorg lakukan. tu pon barang kemungkinan je. belum kepastian. yg lain semua mmg CONFIRM rakyat malaysia sindri. why??

bnd ni buat akak teringat satu citer. jgn risau. kisah pendek je.

rumusan kisah dia (nnt panjang2 uolls boring plak) someone ni (xigt exactly sape) nak menyerang satu negera (ni mcm kisah zaman2 dulukala la ghittew)

sebelum dia bawak bala tentera dtg, dia sndr pegi riki dlu negara tu. ms dia smp sana, pertama yg dia nmpk, seorg budak kecik tgh menangis di tepi kayu (lbh kurg la)

dia dtg n tny cik adik tu. knp nanges? budak tu jawab "saya KECEWA kerana xberjaya untuk tembak 2 burung menggunakan 1 peluru" lbh kurg gitula budak bertuah tu jawab.

cmner dia pujuk bdk tu ke xpasti tapi lps tu dia blk n ckp kt bala tentera dia, dorg belum boleh diserang lagi

wondering why? well~ next phase will explain

bbrp thn lepas tu, dia ni xhbs2 lg nk serang negara tu. dia dtg skali lagi. kalini panorama nk sama jgk. sampai2 je nmpk seorang budak tgh menangis tepi kolam

acah2 hindustan sgt nanges tepi tasik, kolam, jeram, sungai lah ape

dia g kt budak tu n tny nape nanges. budak tu jawab "cincin TUNANG saya terjatuh dlm kolam ni"

lps dgr tu dia pujuk ke x, xpasti. yg pasti blk tu dia bgth bala tentera dia untuk sedia. dorg SUDAH boleh diserang

n complete VICTORY to them

maksudnya?? senang citer, utk tahu sesuatu puak/kaum/negara tu maju atau tidak, berjaya atau tidak, bukan tgk pada ekonomi mahupon kejayaan dorg. tidak. semua tu akan berubah ikut masa. ada yg boleh dilihat dlm jangka masa pendek, ade yg mengambil masa yg lama.

tapi sume tu boleh dilihat dari tengok jenerasi pelapis mereka sendiri. which is, KANAK-KANAK. bukan remaja ye. kanak2

dan kalau dilihat kanak2 zaman skrg, iolls sgt risau. yg ckp kasar, yg kuat melawan, memberontak

tu blom akak sentuh bab ade kanak2 yg da teror isu seks ye. depa lg cemerlang dari akak yg 30an ni.

satu reason yg akak nmpk sebab apa? gadget

bukan gadget yg diberi oleh ibu bapa kepada anak2

tapi.. gadget yg DIGUNAKAN sendiri oleh mak bapak

sgt biasa tgk mak bapak (especially yg muda mudi zmn skrg) mata sgt melekat kt gadget masing2 drpd melihat/melayan anak2 sndr. sgt biasa

ape jdnye dorg bila mak ayah bukan stakat bizi kt opis, kat uma pon bz tgk menatang lain?

dengan xde bimbingan mak ayah, dan mak ayah kasi plak gadget kepada mereka sndr sambil mak ayah bz dgn gadget sndr

xyah tgk jao. tgk je kt wechat. bebudak br nk tumbuh bulu pandai bercinta. pandai jd gangster

utk kes ni, selain gadget hakak salahkan jugak industri perfileman kita

kebanyakan filem melayu kisah apa? cinta, gangster, bajet bagus, siap selit unsur seks

mmgla dorg kalsifikasi elok2 darjah bahaya filem dorg. tp bebudak skrg makin maju. banned cmner pon klo dorg nk crik jmp jgk

tu sbb wujud kes budak 11thn kawen pakcik umo 40an

sbb dlm filem tgk kawen tu syahdu, feeling ghittew. kawen je bahagia

apa duk dgn mak bapak xbahagia ke??? obviously mmg tak la bila tgk perangai xsabar nk kawen tu

kalau berterusan cmni, hakak jujur ckp, rs makin seram nk duk kt malaysia ni

budaya melayu yg BAGUS makin PUDAR tp peliknya budaya yg BANGANG plak makin NAIK

utk ke sini pon amik masa. percaya la utk ubah balik pon bkn stakat amik masa yg lama, amik NYAWA yg ramai jugak

sama2 la kita fikirkan hala tuju kita seterusnya uolls...


jadi cikgu tuisyen pulak

hoh tajuk.. haha tapi yela daku ni mcm xreti duk diam pon iye jugak

aku rs aku ni mengidap sindrom unexpected person kot (ade ke menatang tu)

jap aku rs aku ni staggering person yg idup mcm beku je. g keje-blk keje-g kelas-bla bla bla

jap plak aku rs aku mcm insan yg xreti duk diam plak

aritu semangat nk buat knitting la

nk jd mcm tun m la

skrg ttb jd cikgu tuisyen plak

so klo tgk list bnd yg aku sedang buat:

1) aku masih keje 9to5
2) student part time
3) cikgu tuisyen part time

amboi tuhan bagi masa sehari 24jam je anno oi. 3 bnd ni cukup ke masanya

sejujurnya, aku sndr pon xtau. skrg asgmt aku bru 10% je aku sentuh, keje aku mcm kacau bilau

tang tuisyen tu, tu la tujuan aku buat post ni sbnrnye. ttb melencong plak. hehe..

cmner ttb dpt idea ni? sejujurnya punca utama sbb ongkos (duit) la. mmgla gaji sbnrnye cukup tapi bila memcm keinginan, mmg mcm xcukupla. mcm subject economi aku tgh mengajar skrg (cewaaaaah) economy adalah " manage scarce resource to fulfill UNLIMITED want" ghittew...

memule member opis ajak keje sama dgn dia kat restoran makanan korea. aku sempat merasa seari ms bulan pose. ari ni mama berbuka sensorg esok dia xbg dah. hahaha... sabo jela

pastu member opis lg sorg plak, dia mmg mengajar tuisyen. kebetulan tmpt lma dia tgh nk pakai org. maka aku test la

owner dia xpenah jmp aku pon, xpenah tau aku cmner tp dgn confident dia kata dia yakin aku boleh. malaysia boleh!

yg sebetul2 cara utk mengajar sbnrnye, menurut sahabat aku yg juga cikgu, sblm kelas kne study sndr dlu pastu bru ajar

aku ni ikut hentam terma sendiri je

disbbkan aku mengajar persendirian (1 vs 1) aku ajar based on anak murid pny buku sndr. pd aku spy nnt bila dia blk dia bole stdy n  revised sendiri

tapi mmg aku bersyukur sgt2 pd Allah. kesemua anak2 didik aku budak yg baik2 n bonusnya, pandai. skali ajar dorg bole catch up. xdela penat cikgu nk explain bebukan nak oii..

cuma masa sgt hectic ah. pagi gi kerja. blk da lewat ptg, lps maghrib berkejau g tuition. mlm blk tuition kejar asgmt plak. phew~

stakat ni sume okay berbekalkan multivitamin satu, aku hrp sgt aku xkan kekurgn tenaga memandgkn mmg aku kekurgn rehad dan tdo skrg

Selasa, 5 Jun 2018

trying to change

Assalamualaikum

kalau perasan di entry aku sblm ni (about pru tu) aku ade mentioned bbrp pesanan tun utk melayu. so aku sbnrnye nekad nk berubah. xdela drastik sbb bnd drastik ni xlama kesan dia *if you know what i mean*

perubahan pertama yg aku tgh buat skrg, -kurangkan makan- atau -tengah sedap makan berhenti- pendek cerita -jangan makan banyak-

mmg btola ape ayahanda ckp. MMG SUSAH WEI. few days started mmg aku xberjaya untuk xtambah nasik. jujuk mak ckp ni nak. xberjaya. hari kemudiannya aku berjaya pon kurgkan portion nasi tmbh yg kedua tu. contoh ns pertama satu senduk *jangan gelak kan contoh ni* so nasi kedua mcm separuh senduk aje ke

pastu kebelakangan ni, mgkn jgk sbb pose ke allahualam, aku berjaya utk xtambah nasik. tp aku main tipu jgk. sblm makan aku minum byk2. so ms nasik yg terakhir, mmg kenyang. ghittew. tu bru satu

yg kedua aku cube byk membaca. tapi ssh jgk memandgkn aku tgh study, aku jd celaru ni. nk baca buku belajar aku boring sik ngantok *jujur kanz* baca buku yg bkn belajar plak, nnt aku runsing sbb xbaca buku belajar. haa.. nmpk x betapa komplikatednya?? apetah lg kalau cube nk membaca dr blog. bertimpa2 rasa bersalahnya. u feel me???

so solution aku fokus pada buku belajar. tapi memandgkn rs kantuk yg dasyat, aku cube buat notes spy mudah igt dan xngantok. kononnye. tp cara ni lambat sungguh la. tp better lmbt dari xbuat lgsg, ye idok?

yg ketiga tun ade ckp spy banyak menulis. tu yg aritu dah post entry ini hari hakak post lg tew. wlwpn mcm tulis tahpape tp daku tibai je. sbb klo nk menulis by hand mcm xkena je *alasan* so kita manfaatkan blog yg mudah lagi free ni sebaik2nya. tun sndr pon tulis blog kan.. so ikut teladan la lbh kurgnya

keempat, aku penah dgr tun ade ckp psl disiplin. cayo x arini hakak msk opis jam 7.30am? normally kul 7.45/7.50 sbb bulan pose ni msk keje jam 8am. tp kalini, siap smpt bsh baby blue (keta) lg, n still manage smp ofis dlm 7.30am. nmpk x bila kita da set goal, bkn mustahil utk capai. ceeewah..

so doa2kanla hakak istiqomah. mntau bole move on to next stage ke. rsnye byk sgt yg daku kena ubah ni. tp slow n steady dlu utk yg 4 ni, insyaAllah

so till i rajin tulis we meet again guys

Ahad, 3 Jun 2018

Gegar PRU-14

Assalamualaikum

rasanya belum terlambat lagi untuk merakan ucapan setinggi2 tahniah kepada perdana menteri ke-7 malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. i am.. scratch that, WE are so very proud of u, ayahanda.

pagi bersejarah itu, aku igt lg aku dengan tak berapa bersungguh bersiap. masa tu yg ikut sama mama dengan anak kpd anak angkat mama ikut sama

knp plak aku tak bersemangat? pasal aku tahu ikut pola biasa pilihanraya selalunya very leceh, very i tell u. and im right. disbbkan tau cmner beratur panjang, kitorg bertiga kuar uma btol2 kul 7am. sampai sana kami dah di lane tengah. xtaula dorg depan tu beratur dr kul berapa. aku syak depa smyg depan skolah tu la

lupa plak nk kasitau kami mengundi di sekolah rendah daku dulu

mak aku dpt laluan pantas sbb dia warga emas. aku plak...naik tangga turun tangga naik blk sbb ade mslh komunikasi. serious lah dorg punye rules xdihebah btol2 buat sesetengah org keliru. ade yg kata kena daftar dlu di kemah yg disediakan. ade kata xpyh. mak is konpius nokkkk....

xlama sgtlah aku kena tggu lbh kurg sejam stgh je... ye nak. sejam stgh. jgn tanya cmner muka mama bila aku carik dia. lps habis settle tggjwb kami lalu khemah2 parti yg berkenaan. mama dgn bangga tayang inai di jari dakwat kpd parti biru tua dan ckp "kami sudah" pastu dorg sambut dengan ucapan terima kasih. aku? takyahla tau cmner muka aku ms tu.

malam tu. malam paling aku xleh lupa. pasaipa? pasai mlm tu aku gastrik. cerry berry n very gassy. so mstla ikut kebiasaan aku akan tdo dgn lena lps mkn ubat kan?

salah

salah besarrrrrr

aku mmg tdo awl. rsnye dlm kul 9pm dah tarik selimut. tapi xde sape kesian kt aku. sorg member aku cll berkali2 untuk KASITAU KEPUTUSAN TERKINI. ms dia bgth dah kul 11pm cmtu

aku membygkn 11pm is limit. but boy, am i wrongggg.. kul 2am cmtu msg bertalu2 dari kekanda dan adinda (adik dgn kakak) aku. bagitau yg skrg parti tun leading. dia punye msg bertalu sama level dgn vibrate cll masuk okeh


aku pikir okelah kt situ. mgkn settle la maklumla da 2am oke. dua pagi. DUA. aku fikir settle. salah lagi. member aku cll bgth smp kul 3am pon still depa xmau umum kptsn wlwpn sudah terang lagi bersuluh part tun lead.

"kau xleh tidooo.. ni hari bersejarah ni"

why thou u shall see my stomach isn't agreeing with you thou statement la wei yennadey. nk dimaki sahabt sendiri. maka daku menahan sabar smbl menahan perut yg makin gassy.

and yeah, until 4am still no update. kalini rmi dah cuak. takut ade rusuhan la, perampasan kuasa la, tkt isytihar darurat la. siap ada yg suh simpn stok mkn siap2. aku da pk ni aku br lps beli 2beg mknn kucg yg 8kg tu agak2 darurat bole pinjm sket mknn kucing2 aku x? tp tgk pada perut kucing2 aku yg rata2nya labuh smp ke lantai tu aku xrs dorg akan setuju

but chill guys, xde rusuhan. yg ade zombie. sape zombie? rakyat malaysia la. kenapa? sebab ramai xpasti esoknye cuti atau x. memandangkan parti biru tua kata klo depa menang cuti peristiwa pada hari sinin (pru diadakan pada hari rabu - 9may 2018) dan kalau biru yg lbh muda menang cuti pada esok dan lusanya- kamis dan jumaat maka kami ni di ambang wati jadinya.

sbnrnye aku sgt2 bersetuju kalau cuti kames jumaat. kalau la biru tua ade otak sikit kasi cuti hari yg sama, xdela menyusahkan org yg dah blk kpg tu. bygkn dorg dah amik cuti hari selasa-rbu. so klo dedua parti ckp cuti kames jumaat, xdela dorg gusar kne blk kl semula rbu tu. ni dahla kptsn umum kames pagi, xde kepastian buat org pon ragu2

termasukla aku yg jd salah satu zombie pg tu. bgn lps subuh nk tdo blk pon xdpt. beria2 la mereka yg jauh2 tu tny dlm wasap group cuti ke idakkkk.. tp kami yakin dan pasti cuti maka lps pegawai kata ikut parti yg menang oke hakak tarik selimut lg skali.


lps bgn tu.. beria2 la nk tgk pertabalan PM baru. dari kul 10am.. xde. kata kul 2pm.. xde. kata kul 5pm pon xde. last punye kata kul 9.30pm. seriously..

tau x kami risau tun yg dah umo 93thn tu tggu dr pagi smp ke malam cmtu. ms tgk tun tadah tgn bc doa, nampk tangan tun menggigil. kesian tun

whoaa.. tun umo 93thn. korg tabalkan beliau jam 9.30pm. amboi notti uolls ni ye. tapi jgn mrh dlu ye. ade org ckp kne dpt tandatangan kesemua raja2 dlu, plus knp 9.30pm sbb agong nk majlis lps isyak

well, as long sume berjln lancar, that's all that matters. lps dah angkat sumpah dan ditabalkn maka barulah semua rasa lega. maka yakinla xde rusuhan, xperlulah aku nk mintak ehsan kucing utk share makanan dia dgn aku. heh.

seriously. aku igt lg masa tun letak jawatan few years back. aku di dpn tv. tgh tgk smbl lipat baju. aku msh igt that exact moment. aku rasa risau sgt. aku rasa takut. bila tun letak jwtn sapa akan tadbir negara?? mcm2 aku pk akan berlaku. wlwpn aku msh muda ms tu tp aku sgt tahu ape kemampuan tun dan aku sgt tahu xde sesiapa yg dpt ganti tmpt tun

dan buktinya di usia emas 93 thn, tun terpaksa mengambil kembali tempatnya sbg PM malaysia untuk bersihkan negara.

c'mon. ms tun letak jawatan dlu, beliau xsalah. itu hak beliau. tun dah berkhidmat sbg PM selama 22thn. beliau perlu rehad, perlu masa untuk keluarga. perlu masa untuk diri sndr di golden age beliau. rsnye tun pk yg dia bole cube lepaskn jawatan dan melihat2 dr blkg tadbir.

malangnya di blkg itu, yg di depan xnk tgk, xnk dgr. dan silap besa xnk dgr la buat tun terpaksa kembali ke arena politik dek kerana rasa bersalahnya pada generasi muda. generasi aku. generasi kami.

lps tun menang, tun jadi highlight utama. rsnye aku xnk citer sblm menang ape jd pada tun. tu xpntg. yg pntg lps tu. rmi yg nk tau rahsia tun wlwpn 93thn msh kuat dan mampu tadbir negara. yg smpt aku tgkp tips2 tun

1) dont over eat - jgn terlebih makan. alamak..
2) rajin membaca
3) rajin menulis (okay pasni hakak akan byk tulis n publish post)
4) disiplin

tu yg smptla. maka dgn itu daku berjanji akan lbh menulis lps ini. moga2 dpt sihat di usia emas spt tun, insyaAllah

my biggest wish is to meet tun in real life. wish me luck, guys. pray for me will ya


Khamis, 1 Februari 2018

memories

Assalamualaikum

Salah satu kisah cinta yang paling terkesan dlm hidup aku, selain 1st love aku, adalah kisah aku dgn arwah man

satu2nye kisah yang bermula di UiTM lendu dan berakhir di situ jugak

segala pelusuk tempat tu ade memori aku dan arwah

sbb dlu bese la ms student manade bajet nk jalan jejao

nak2 plak kami ni dari keluarga sederhana je

so bila nk detim je jmp depan blok, bawah pokok, or jenjalan keliling uitm, pusing2 mcm prektis nk tawaf kaabah tu

jadi sume tempat dlm uitm lendu dah kami pergi

blok kami, kelas, tmpt silat, laluan biasa, library, tmpt exam

termasuk blok yang xde kena mengena dgn kami, bangunan yang xptt kami pergi

sume penah kami jejak bersama

hanya tuhan je tahu perasaan aku tiap kali lalu depan uitm lendu

tu bru depan je

klo msk xtaula ape rasa.. dan xnk rasa pon

tapi ade junior yg bru grad dah bg glimpse ape rasanya klo aku msk

video ni btol2 bg gambaran ape aku rs kalo aku msk skrg


video



tahniah la junior krn berjaya menghasilkan video yg hebat

pada mata aku cukup hebat krn aku dpt gambaran ape aku akan rasa kalo aku msk sana

maknanya mmg detail dan jelas serta superb lah

ape aku akan rasa?

even banyak sgt perubahan skrg

tetap yang asanya ada

dan pastinya amat menyakitkan

al-fatihah arwah shaherman